Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan udara landa Khartoum

    KHARTOUM, 27 APRIL – Tentera Sudan menggempur pasukan separa tentera di ibu negara Khartoum dengan serangan udara hari ini manakala pertempuran maut berlaku di Darfur menjelang tarikh akhir gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS).

    Lewat kelmarin, tentera berkata mereka bersetuju untuk mengadakan rundingan di Juba, ibu negara jiran Sudan Selatan, untuk melanjutkan gencatan senjata selama tiga hari yang tamat pada Jumaat atas inisiatif IGAD, blok serantau Afrika Timur.

    Terdapat pelbagai usaha gencatan senjata sejak pertempuran meletus pada 15 April antara tentera tetap Sudan yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Pasukan Sokongan Segera (RSF) separa tentera yang dipimpin oleh timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo. Semua usaha tersebut telah menemui kegagalan.

    Pertempuran terus berlarutan walaupun gencatan senjata yang diusahakan oleh AS yang berkuat kuasa pada Selasa, dengan pesawat pejuang meronda di langit di pinggir utara ibu negara ketika pejuang di darat berbalas tembakan artileri dan meriam berat, kata saksi. – AFP

    Sebuah rumah musnah dalam pertempuran baru-baru ini di Khartoum, Sudan pada 25 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda