Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Serpihan jet nahas ditemui, belum ada mangsa selamat

    WUZHOU, CHINA, 22 MAC – Pasukan pencari dan penyelamat China hari ini mengutip serpihan jet China Eastern selepas ia terjunam ke tepi pergunungan bersama 132 penumpang di dalamnya.

    Harapan untuk mencari mangsa terselamat semakin pudar sehari selepas jet penumpang Boeing 737-800 menjunam ke pergunungan – kelihatannya menjadikan ia nahas udara paling dahsyat China dalam tempoh hampir tiga dekad.

    Persoalan memuncak berhubung punca kemalangan, yang menyaksikan jet itu jatuh 20,000 kaki dalam masa beberapa minit sebelum terjunam ke selatan China pada petang kelmarin.

    Syarikat penerbangan itu menyedari beberapa penumpang dalam jet itu, yang membuat perjalanan dari bandar Kunming ke hab selatan Guangzhou, terkorban, namun belum ada pengesahan rasmi berapa ramai yang maut.

    Presiden Xi Jinping segera menggesa bagi siasatan penuh susulan nahas itu ketika pasukan pencari dilengkapi dron turun ke tapak hutan tebal, di kawasan luar bandar wilayah Guangxi.

    Gambar bertarikh 21 Mac menunjukkan serpihan pesawat China Eastern yang terhempas ke tepi gunung di daerah Tengxian, bandar Wuzhou, Guangxi, China. – AFP

    Hari ini, kesan terbakar masih jelas kelihatan daripada tapak nahas, pekerja penyelamat memberitahu AFP, dengan seorang membuat spekulasi penumpang ‘sepenuhnya rentung’ akibat intensiti kebakaran itu.

    Seorang penduduk dekat tapak nahas itu, Ou, menceritakan telah mendengar ‘bunyi seperti guntur’ disusuli dengan letupan besar yang membakar sekitar gunung.

    Media kerajaan menunjukkan pasukan pencari memanjat dengan sukar di kawasan pergunungan yang pokoknya rentung dengan serpihan bertaburan termasuk lambang biru merah pesawat tersebut.

    Dompet koyak dan lensa kamera terbakar antara barang milik mangsa dirakam oleh video seorang wartawan dari People’s Daily yang dapat memasuki tapak nahas.

    Namun jurnalis AFP telah disekat di pusat pemeriksaan tepi gunung oleh sekumpulan lelaki dikatakan dari Parti Komunis, menghalang akses mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...