Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setahun menghilang, Amber Heard muncul di festival filem di Itali

    Selepas setahun memencilkan diri daripada dunia Hollywood, pelakon kontroversi Amber Heard muncul di Festival Filem Taormina di Itali baru-baru ini.

    Ia merupakan kemunculan pertama Amber di khalayak ramai selepas kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

    Amber dilaporkan hadir ke acara tersebut bagi tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul In The Fire.

    Memetik dari mStar, bintang Aquaman itu dilihat penuh keyakinan saat melalui acara karpet merah selain sempat melayani peminat dengan mengambil gambar bersama mereka.

    Kemunculannya itu menarik perhatian ramai malah netizen memuji kejelitaan Amber yang dilihat semakin menyerlah.

    Amber semakin mesra dengan peminat dan wartawan. – Agensi

    “Dia memang seorang wanita yang berani. Dia tak pernah putus asa walaupun ramai yang tidak senang dengannya.

    “Wajahnya semakin berseri dan nampak bersemangat,” komen netizen.

    Pada Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.

    Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

    Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda