Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setem ulang tahun ke-40 Brunei-Singapura dikeluarkan hari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan mengeluarkan produk filateli iaitu setem kenang-kenangan sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Brunei Darussalam dan Singapura, bermula esok.

    Menurut kenyataan JPP, dua reka bentuk setem diperkenalkan bagi memperingati hubungan erat kedua-dua negara iaitu setem Ficus Elastica dan setem Dendrobium Hassanal Saleha.

    Selain itu, produk yang ditawarkan termasuk Sampul Surat Rasmi Hari Pertama, Lembaran Setem Set Penuh (uncut) dengan 24 keping setem, Pek Kenangan Edisi Terhad, yang menggabungkan setem dari Brunei dan Singapura, hanya boleh didapati di Pejabat Besar Pos, di ibu negara.

    Orang ramai boleh mendapatkan produk-produk filateli tersebut di cawangan pejabat pos seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

    Bangunan pejabat pos di ibu negara. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda