Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri

    Pelakon Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz pada pagi Sabtu.

    Menurut mStar, majlis pernikahan Shakilla berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

    Antara rakan pelakon yang hadir meraikan pengantin ialah Ramona Zam Zam yang turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram miliknya.

    “Semoga kebahagiaan milikmu. Sayang kau dan Ameena,” tulisnya.

    Selain itu, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada juga hadir sebagai tetamu dan mengucapkan tahniah buat Shakilla.

    “Tahniah Shakilla. Awak layak mendapatkan bulan dan bintang,” ujarnya.

    Sebelum ini, satu sumber memberitahu Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, bakal bernikah pada Sabtu, namun butiran majlis masih dirahsiakan.

    Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    Shakilla kini bergelar isteri kepada Fariz. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda