Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sharifah Zarina muncul dengan lagu baharu

    Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Sharifah Zarina kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi lagu terbaharu berjudul 40.

    Mempunyai mesej tersendiri, Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, menyifatkan lagu ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sudah menginjak usia 40an untuk terus yakin menjalani kehidupan.

    “40 adalah sebuah lagu yang mewakili mereka yang berada dalam lingkungan umur 40an dengan mesej ’40 masih muda’ dan menjadi seruan untuk menyambut kehidupan dengan semangat dan keyakinan.

    “Pesan yang terkandung di dalam lagu ini bukanlah sekadar rekaan, tetapi representasi yang jujur dan menyentuh bagi individu yang telah memasuki dekad keempat kehidupan mereka.

    “Menegaskan bahawa usia hanyalah angka dan semangatlah yang sebenarnya menentukan bagaimana kita menghayati kehidupan,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

    Aktif berhubung dengan peminat di TikTok, Zarina menjadikan platform tersebut sebagai medan untuk dia mempromosikan karyanya memandangkan lagu untuk kumpulan usianya tidak begitu banyak.

    Malah dia bersyukur kewujudan aplikasi TikTok telah membuka peluang buat dirinya untuk kekal relevan dalam industri.

    “Lagu ini sebuah karya yang tidak hanya mencerminkan keaslian dan identiti sebagai seorang artis, tetapi juga mencuba menghadirkan sesuatu yang boleh menjadi pelengkap pada platform TikTok.

    “Saya percaya, dalam menggarap lagu ini, ia tidak hanya berfokus pada penciptaan lagu yang enak didengar, tetapi juga berusaha menyampaikan pesan positif kepada pendengar,” ujarnya. – Agensi

    Zarina berharap lagu terbaharunya mampu membakar semangat pendengar. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda