Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Dalam usaha untuk memperluaskan ketersediaan Shell V-Power kepada pelanggannya, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah mengumumkan Stesen Minyak Berakas seagai stesen minyak terbaharu yang menyertai 15 stesen minyak sedia ada di seluruh negara yang menyediakan petrol Shell V-Power bermula esok.
Untuk meraikannya, 100 pelanggan pertama yang mengisi minyak Shell V-Power pada jumlah minimum akan diberikan hadiah.
Shell V-Power diperkenalkan untuk memenuhi piawaian kualiti bahan api tertinggi dan dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan ia memenuhi keperluan enjin moden berprestasi tinggi.
Ia dibangunkan menggunakan bahan tambahan Shell V-Power terkini yang tersedia secara eksklusif daripada Shell yang membantu menanggalkan mendapan kotoran seperti gunk dan geseran dalam enjin kenderaan semasa ia dipandu.
Shell V-Power juga direka bentuk untuk melindungi bahagian enjin kenderaan sekali gus membantu mengekalkan dan memulihkan prestasi dan kecekapan kenderaan.