Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sherry Ibrahim tawan puncak Gunung Kinabalu

    Pelakon Sherry Ibrahim berjaya mencabar diri apabila berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu kelmarin.

    Lebih manis kata Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, dia tiba di puncak sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.

    Menurut Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang pendakian tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.

    “7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental,” katanya.

    Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Isnin.

    Dalam pada itu, Sherry memberitahu ini merupakan kali pertama dan terakhir dia mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara berkenaan.

    Sherry berkata kesukaran pendakian yang dilalui sehingga membuatkan kakinya seperti tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut.

    “Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung,” ujarnya.

    Sebelum itu menerusi perkongsian sebuah video, Sherry mengakui dia bukan seorang individu yang sering melakukan aktiviti pendakian.

    Pelakon drama Teduhan Kasih itu turut memohon doa daripada pengikut di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.

    “Saya perlu tidur kerana saya kena mulakan pendakian pada pukul 2 pagi. Tak tahulah, boleh ke saya lakukan sebab saya ini bukanlah jenis orang yang melakukan aktiviti pendakian. Buat latihan fizikal pun dekat Bukit Gasing sahaja. Jadi doakan saya kerana bakal melalui pendakian yang mencabar,” katanya. – Agensi

    Sherry berjaya mendaki ke puncak Gunung Kinabalu buat pertama kali. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda