Pelakon Bollywood Shilpa Shetty didakwa telah ditahan pihak berkuasa susulan laporan kononnya dia terbabit kes penerbitan video pornografi melibatkan suaminya iaitu Raj Kundra.
Malah, 15 buah kediaman milik pasangan itu yang terletak di Mumbai dan Utter diserbu bagi tujuan siasatan.
Memetik laporan mStar, perkhabaran tersebut mengundang persoalan peminat berhubung penglibatan Shilpa dalam kes jenayah membabitkan suaminya.
Tampil menjawab spekulasi berkenaan, peguam mewakili Shilpa menjelaskan penahanan pelakon itu sekadar untuk membantu siasatan.
Menurutnya, serbuan yang dilakukan pihak berkuasa juga disifatkan mengelirukan.
“Ada laporan media menyatakan Shilpa diserbu pihak penguat kuasa. Laporan itu tidak benar dan mencetuskan kekeliruan.
“Tidak ada serbuan daripada bahagian penguat kuasa atau apa sahaja tindakan agensi terhadap Shilpa,” katanya.
Dalam pada itu, Raj juga dilaporkan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan berlangsung selain yakin kebenaran akan berpihak kepadanya kelak.
Sebelum ini, Raj dituduh menjadi dalang utama penyebaran bahan filem lucah sebelum ditahan pihak berkuasa beberapa hari lalu. – Agensi