Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuk Sahar, isteri tunai umrah bersama tanda hubungan pulih

    Ketika konflik rumah tangga menjadi bualan warganet, pelawak Shuk Sahar dan isteri iaitu Fara Salleh nampaknya kini sudah memilih jalan damai apabila kedua-duanya mengerjakan ibadah umrah bersama.

    Menerusi perkongsian dimuat naik Fara di Instagram, dia meluahkan rasa syukur kerana dijemput menjadi tetamu Allah kali ini bersama suami tercinta.

    “Alhamdulillah diizinkan Allah,” tulisnya.

    Bersama kapsyen ringkas itu, dia turut berkongsi fotonya bersama Shuk di hadapan Masjid Nabawi. Sebelum itu, Fara turut memuat naik foto pasport yang tertera nama Fara dan Shuk beserta kapsyen ‘healing’. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan hubungan pasangan ini bertemu penyelesaian terbaik dan kekal menjadi suami isteri.

    “Jangan pernah berhenti cuba yang terbaik, semoga perkahwinan Fara dan Shuk kekal; Asam garam mesti ada jatuh dan naik, itu roda kehidupan; Isteri kena belajar bersabar dalam emosi, jaga air muka suami; Dah berumah tangga baik buruk semua kena simpan sendiri; Alhamdulillah, semoga berkekalan dan tak mahu cerai-cerai ya,” antara tulisan warganet di ruangan komen.

    Sejak minggu lalu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk menjadi bualan hangat di media sosial. Fara menerusi Thread menulis luahan hatinya dengan berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

    Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.

    Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.  Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. – Agensi

    Fara dan Shuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.  – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda