Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura rampas $6 bilion aset jenayah sejak 2019

    SINGAPURA, 26 JUN – Singapura merampas aset sebanyak S$6 bilion (AS$4.4 bilion) yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan penggubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun tahun ini, kata satu kenyataan rasmi hari ini.

    Sehingga S$416 juta aset haram telah dipulangkan kepada mangsa, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

    S$1 bilion lagi telah dilucuthakkan kepada Negara, manakala sebahagian besar bakinya adalah berkaitan dengan siasatan atau prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

    Singapura juga melancarkan Strategi Pemulihan Aset Nasionalnya, menjanjikan usaha berterusan untuk menentang penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. – Xinhua

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda