Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura umum kenaikan gaji pegawai keselamatan

    SINGAPURA, 11 DIS – Kementerian Tenaga Manusia Singapura kelmarin mengumumkan kemas kini kepada Model Gaji Progresif (PWM) untuk sektor keselamatan, dengan kenaikan gaji bagi pegawai keselamatan sambilan dan ad hoc dijadualkan berkuat kuasa dari 2026 hingga 2028.

    Berdasarkan skim kenaikan gaji yang telah dirancang untuk 2024 dan 2025, jadual tiga tahun baharu ini akan menaikkan gaji secara beransur-ansur bagi pegawai keselamatan sambilan dan ad hoc, berdasarkan tahap pekerjaan mereka.

    Keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan daripada Security Tripartite Cluster, sebuah kumpulan yang terdiri daripada persatuan industri, majikan, kesatuan dan agensi kerajaan.

    Kemas kini itu adalah sebahagian daripada inisiatif PWM yang lebih luas, yang diperkenalkan pada 2014.

    PWM mewajibkan majikan membayar pekerja yang layak sekurang-kurangnya gaji minimum PWM serta menyediakan latihan kepada mereka. Sejak diperkenalkan, PWM telah diperluaskan secara berperingkat kepada lebih banyak sektor. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda