Sunday, September 29, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner menang perlawanan final pertamanya di gelanggang rumput

    HALLE, 24 JUN – Jannik Sinner yang menduduki ranking teratas memenangi gelaran pertamanya di atas rumput dengan menewaskan Hubert Hurkacz dalam final Terbuka Halle, kelmarin.

    Pemain Itali berusia 22 tahun itu memerlukan dua pemecah seri untuk menewaskan lawannya dari Poland 7-6 (8), 7-6 (2).

    “Saya tahu saya perlu melakukan servis dengan baik dan anda hanya bermain beberapa mata yang sangat penting sepanjang set ini,” kata Sinner. “Saya sangat gembira dengan kejohanan ini kerana (menang) kali pertama di gelanggang rumput, ia adalah perasaan yang baik.”

    Juara Terbuka Australia itu meningkatkan rekodnya kepada 38-3 tahun ini.

    Pemain Itali itu mara ke separuh akhir Wimbledon tahun lalu, tewas dalam straight set kepada Novak Djokovic.

    Hurkacz, ranking No. 9, memenangi Halle pada tahun 2022. – AP

    Jannik Sinner dari Itali memegang trofi selepas menewaskan pemain Poland, Hubert Hurkacz dalam perlawanan akhir perseorangan, di Halle, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda