Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Badriah sudah sediakan nama anak

    Penyanyi kelahiran Indonesia, Siti Badriah, dan suaminya, Krisjiana Baharudin masing-masing nyata tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

    Mengaku sudah mempersiapkan nama anak, penyanyi yang popular dengan lagu Lagi Syantik itu tidak menolak berasa teruja menerima kehadiran ahli baharru dalam keluarga kecilnya itu.

    “Kami belum tahu apakah jantina anak ini perempuan atau lelaki. Tetapi, sebagai persediaan, kami berdua telah pun mempunyai nama pilihan untuk anak ini. Baik nama perempuan dan lelaki.

    “Jujurnya, kami berdua pun sangat-sangat tidak sabar untuk melihat anak damit ini lahir. Kami pun tak sabar nak tahu apakah jantinanya, cuma harus bersabar sedikit sehinggalah majlis pendedahan jantina yang akan dibuat tak lama lagi,” katanya.

    Sementara itu, Badriah dan suaminya juga mengaku tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan itu kerana menganggap asalkan sempurna dan sihat, itu sudah mencukupi.

    “Tak kisah apa pun (jantina). Disebabkan tak tahu jantina, kami berdua juga masih belum membeli barangan keperluan anak damit ini. Kalau sudah tahu nanti barulah akan disediakan barang-barangnya.

    Selain itu, berkongsi mengenai pengalamannya semasa kehamilan, Badriah yang kini sarat mengandung enam bulan menganggap dia amat bersyukur dan teruja dengan setiap perkembangan kandungannya.

    “Paling saya seronok, bila sudah masuk usia enam bulan ini, anak damit dalam kandungan sudah pandai menendang-nendang dalam perut. Itu antara momen yang saya suka. – Agensi

    Siti Badriah tidak menolak berasa teruja menerima kehadiran ahli baharru dalam keluarga kecilnya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda