Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad Harimau Malaya tidak patah semangat

    KUALA LUMPUR, 10 DIS – Musibah demi musibah menimpa skuad kebangsaan Malaysia di Singapura sedikitpun tidak melunturkan semangat pemain untuk terus berjuang memburu kejayaan dalam saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

    Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe berkata para pemain menunjukkan sikap positif dalam sesi latihan walaupun menyedari kes positif COVID-19 sedang ‘menghantui’ kem negara ketika ini, dan mungkin memberi tamparan kepada sesetengah pemain.

    “Kemungkinan di pihak sesetengah pemain mereka risau tetapi kita lihat daripada cara mereka berlatih serta suasana di dalam dan luar padang cukup baik, cukup positif.

    “Kita harap suasana tersebut dapat mengatasi segala cabaran di depan mata kita, yang penting setiap kali kita doa, minta supaya pemain berada dalam keadaan terbaik demi pasukan,” katanya pada sidang media skuad kebangsaan secara maya di Singapura, hari ini.

    Menurut Cheng Hoe, skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik berdasarkan dua perlawanan dalam Kumpulan B menyaksikan Malaysia meraih mata penuh masing-masing berdepan Kemboja dan Laos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda