MADRID, 19 DIS – Barcelona berjaya menduduki empat teratas La Liga sekali lagi selepas Nico Gonzalez yang berusia 19 tahun menjaringkan gol kemenangan lewat untuk memastikan kemenangan yang amat diperlukan ke atas Elche sebelum Atletico Madrid ditewaskan oleh Sevilla.
Jaringan Nico hadir selepas Ferran Jutgla yang berusia 22 tahun, membuat penampilan sulung penuh dan Gavi yang berusia 17 tahun sebelum itu memberikan Barca pendahuluan dua gol di Camp Nou.
Tetapi Elche menjaringkan dua gol dalam masa 96 saat sejurus selepas sejam ketika Tete Morente dan Pere Milla menyamakan kedudukan pasukan pelawat, hanya untuk Nico mengheret Barcelona kepada kemenangan 3-2.
Namun keputusan itu menjadi lebih baik dalam misi buruan kedudukan empat teratas Barca selepas Atletico tewas 2-1 di gelanggang lawan di Sevilla, Lucas Ocampos menjaringkan gol pada minit ke-88 di Ramon Sanchez Pizjuan untuk memberikan Atletico kekalahan liga ketiga berturut-turut.
“Ia adalah saat yang sukar tetapi saya tenang,” kata Diego Simeone. “Saya percaya dengan pasukan yang kami ada.”
Barcelona kini berada di tempat ketujuh, dua mata di belakang Atletico dan tiga di belakang Rayo Vallecano di tempat keempat, walaupun kurang satu perlawanan daripada Rayo.
Sevilla menduduki di tempat kedua, lima mata di belakang Real Madrid, yang bermain di gelanggang sendiri menentang Cadiz hari ini. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/12/P22-1A_20122021.jpg)