Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA), mengadakan dua acara khas pelajar Tahun 11 yang bakal menduduki Peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level baru-baru ini.
Acara tersebut, Program Bicara Kejayaan ‘Hero SMSUA’ merupakan kongsi sama tiga orang bekas pelajar cemerlang SMSUA terdiri daripada Awang Mohamad Hazri bin Awang Tusin yang merupakan calon mahasiswa PhD dalam Historical Studies di Universiti Brunei Darussalam; Pegawai Pendidikan di SMSUA, Dayang Hasinah binti Sulong dan Awang Mohammad Khairul Anwar bin Awang Japar atau lebih dikenali sebagai Babu Si Nur (lepasan Ijazah Sarjana).
Acara diteruskan dengan Majlis Restu Ilmu yang turut dihadiri ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengetua SMSUA, Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn