Gambar ANN/ The Nation
BANGKOK – Som chun merupakan hidangan tradisional Thailand, sejenis pencuci mulut manis masam berbau harum yang dimakan pada musim panas. Sajian ini mempunyai rasa dan tekstur unik yang amat disukai penggemar makanan. Ia juga dikenali sebagai ‘teh petang Thailand’.
Som chun dinamakan demikian berdasarkan bau yang menusuk hidung dari buah laici yang dikisar serta dijeruk dan diimport dalam botol ke Thailand.
Perkataan ‘som’ bermaksud masam, manakala ‘chun’ bermaksud menusuk hidung atau pedar.
Ramuan utama untuk som chun adalah buah-buahan bermusim yang memberikan rasa masam dan sukulen seperti maprang (mangga plum), mayong chid (marian plum), laici, mayom (belimbing buluh) dan talingpling (belimbing buluh atau belimbing darah).
Untuk memberikan gabungan rasa yang menyelerakan dan elemen pencuci mulut unik pada som chun, masukkan halia, bawang merah, kelapa parut dan kacang panggang.
Snek petang tradisional Thailand adalah loi kaew, atau buah dalam sirap manis yang menyegarkan.
Berbeza dengan som chun, loi kaew boleh mengandungi pelbagai jenis buah, seperti buah palma toddy, buah kapas, rambutan, buah salak dan manggis.
Menurut Jantararat Hemvej daripada Studio Chan, yang mengkhususkan dalam seni dan kraf kulinari, warga Thailand suka membuang biji buah untuk loi kaew.
“Dan untuk loi kaew, buah segar direndam dalam sirap panas dan bukannya dijadikan manisan,” katanya.
Sementara itu, som chun amat disukai oleh para penggemar makanan kerana memiliki pelbagai rasa dan tekstur yang berbeza – rasa masam daripada buah limau, kepedasan daripada halia hiris, rasa garing dan rangup daripada kelapa dan kacang panggang serta rasa manis dari sirap.
Jantararat berkata som chun paling enak dimakan sebagai pencuci mulut atau snek pada waktu tengah hari yang panas.
“Makanan Thailand memiliki tiga rasa utama: asam, masin dan manis,” jelasnya. Ketiga-tiga rasa ini harus seimbang dalam satu hidangan.
“Sebagai contoh, jika kita makan makanan masin seperti ikan masin, kita harus mempunyai makanan yang masam dan manis dalam set kita untuk menjadikannya lengkap.”
Jantararat berkata som chun dan loi kaew mempunyai asal-usul yang mendalam dalam sejarah kulinari Thailand. Som chun dipaparkan dalam ‘Verse on Foods and Desserts’ yang ditulis oleh Raja Rama II. Beliau memerintah Siam dari tahun 1809 hingga 1824.
Puisi tersebut dipercayai ditulis sebagai pujian khas untuk Ratu Sri Suriyendra, yang mahir dalam seni kulinari.
Hidangan buah-buahan Thailand amat terkenal disebabkan persembahannya yang cantik sejak itu.
Jantararat menjelaskan bahawa penduduk Thailand secara tradisi membuangkan biji daripada buah yang diberikan kepada sami, sejajar dengan peraturan Sekiyawat untuk kehidupan biarawan yang sederhana. Peraturan tersebut menyatakan sami tidak boleh memakan buah yang mempunyai biji.
Sekarang, biji buah dibuang untuk menjadikan som chun lebih menarik bagi semua orang.
“Mereka yang makan makanan kami harus merasakan bahawa kami telah berusaha dalam seni kulinari kami,” katanya.
Buah-buahan bermusim yang sebelumnya boleh didapati sepanjang tahun menawarkan rasa som chun yang berbeza.
Kami mungkin telah melupakan buah-buahan seperti manggis kuning, mapring (buah marin), manggis dan varieti mangga Namtan Tao, Pimsen, Tok Tuek dan Brahma Tee Mia, katanya.
“Takob (plum India) yang direbus juga dapat digunakan dalam loi kaew,” tambahnya.
“Sesetengah orang merendam belimbing gooseberry yang dihancurkan dalam air garam untuk mengurangkan rasa masam sebelum dicampurkan dalam hidangan.
“Talingpling (belimbing) juga dapat digunakan dalam som chun, tetapi kami menghirisnya menjadi potongan kecil kerana rasanya sangat masam.”
Seperti hidangan tradisional lainnya termasuk khao chae (nasi pulut sejuk wangi), som chun menjadi popular sekali lagi disebabkan trend retro.
“Dalam dunia yang berkembang pesat dengan media sosial dan berita tanpa batasan, orang ingin berhenti sejenak dan menikmati sentuhan nostalgia,” kata Jantararat, sambil menambah ramai orang sekarang memintanya mengajar mereka cara-cara membuat makanan tradisional Thailand.
Pencuci mulut klasik lain untuk musim panas di Thailand termasuk pla haeng tangmo (tembikau dengan cebisan isi ikan kering) dan ma haw (daging cincang dan pes udang di atas potongan buah). – ANN/The Nation