Monday, December 30, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Song Joong Ki lemah bahasa Inggeris, jarang gaduh dengan isteri

    Kurang fasih berbahasa Inggeris, pelakon Song Joong Ki dedah tidak pernah berbalah dalam rumah tangga.

    Menurut Joong Ki, 39, dia menyatakan kesukarannya dalam berkomunikasi bersama isterinya membuatkan dia perlu berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

    “Kami tidak pernah bergaduh besar kerana halangan bahasa, saya perlu berfikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu kepada isteri saya.

    “Disebabkan isteri saya bukan orang Korea, kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

    “Saya tidak begitu mahir, tetapi saya benar-benar mahu berbual lebih mendalam dengannya,” katanya.

    Song berkongsi perkara itu ketika muncul dalam program radio MBC FM4U pada Rabu.

    Dalam pada itu, Song memberitahu dia memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris melalui pembacaan buku dan guru serta teguran daripada isterinya.

    “Saya telah membaca banyak buku dan belajar daripada seorang guru.

    “Dalam kehidupan seharian, isteri saya akan menegur saya apabila saya menggunakan perkataan yang salah,” ujarnya.

    Untuk rekod, Song dan Katy Louise Saunders mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan dikurniakan dua orang cahaya mata pada Jun 2023 dan November lalu. – Agensi

    Song dedah tidak pernah bergaduh besar dalam perkahwinan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda