MUMBAI, 22 DIS – Syarikat Sony dari unit India memuktamadkan cadangan bergabung dengan syarikat penyiaran terbesar, Zee Entertainment hari ini. Perjanjian ini mungkin dihalang dengan bantahan keras daripada rungutan pelabur AS.
Pakar analisis berkata gabungan ini mungkin dapat menjadikan negara sebagai yang kedua terbesar dalam bidang hiburan, bertanding dengan ketua pasaran Disney.
Cadangan itu telah memberikan pengasas syarikat Zee sebanyak empat peratus bagi entiti baharu tapi membiarkan mereka dalam mengawal pengurusan, dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah pengurusan, Punit Goenka meneruskan memimpin syarikat itu.
“Gabungan syarikat ini akan mencipta perniagaan hiburan secara komprehensif, membolehkan kita memberi khidmat kepada pengguna dengan pelbagai pilihan di bermacam-macam platform,” menurut kenyataannya.
Tetapi jawatan Goenka ditentang oleh pemilik saham terbesar syarikat Zee, Invenco, semasa September telah mendesak penyingkirannya bagi ‘berulang kali gagal mentadbir dan prestasi teruk”.
Zee dan syarikat pelaburan AS telah lama bersemuka di mahkamah kerana tuntutan Invesco dalam mesyuarat umum yang luar biasa dan membaik pulih lembaga. – AFP