Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SOP disusun menjelang pembukaan sekolah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi menangani sebarang keadaan jika berlakunya penularan jangkitan kes COVID-19 semasa sesi persekolahan secara bersemuka berlangsung.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman menyatakan perkara tersebut pada Sidang Media bagi Status Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menjelaskan lagi, di sekolah-sekolah telah disediakan bilik-bilik pengasi-ngan dan kelengkapan-kelengkapan bagi menangani kes-kes positif COVID-19.

    Tindakan tersebut disediakan bagi mengasingkan serta mengawal penularan wabak ke tempat-tempat lain di sesebuah sekolah tersebut.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa menjawab pertanyaan ketika sidang media harian di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda