Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Southgate mirip Mourinho, Conte

    SAINT PETERSBURG, 21 Jun – Jurulatih England, Steve Holland percaya Gareth Southgate menunjukkan kualiti sama yang ditunjukkan oleh pengendali terkemuka seperti Jose Mourinho, Rafael Benitez dan juga Antonio Conte di Chelsea.

    Holland pernah bersama pasukan dari London itu sejak 2011 sebelum menyertai Southgate dan England pada 2016.

    “Dengan Gareth, saya lihat beliau menepati beberapa kriteria seperti beberapa jurulatih terbaik yang pernah bekerjasama dengan saya.

    “Adakah beliau memahami pengurusan pemain dan menghasilkan apa yang terbaik dari pemain? Ya. Adakah beliau faham dengan nilai dan tanggungjawab kepada kakitangan? Ya tentu sekali.

    “Adakah beliau memiliki pengalaman bola sepak antarabangsa di peringkat tertinggi? Ya.

    Holland semasa menghadiri sesi latihan pasukan England di Stadium Spartak Zelenogorsk, baru-baru ini. – AFP

    “Beliau memiliki beberapa kualiti yang menyerlah dan saya nampak beliau begitu sesuai untuk menjadi jurulatih pasukan ini.”

    England akan bertemu Panama, Sabtu ini berbekalkan motivasi yang tinggi susulan kemenangan 2-1 yang diraih ke atas Tunisia menerusi jaringan minit akhir Harry Kane pada aksi pembukaan mereka sebelum ini.

    Suasana sangat berbeza 18 bulan yang lalu apabila Southgate mengambil alih pasukan selepas pemecatan Sam Allardyce dan masih kecewa selepas tewas kepada Iceland pada Euro 2016.

    “Saya rasa Gareth sudah tahu pada masa itu bukan masa untuk revolusi,” kata Holland.

    Sebaliknya, mereka mula membentuk semula skuad muda England dan menilai pesaing mereka, bermula Piala Konfederasi di Rusia tahun lepas.

    “Kami menghabiskan masa di dalam pesawat tetapi ia memberi kami peluang untuk bercakap mengenai apa yang telah kami pelajari,” kata Holland.

    “Kami cuba untuk membayangkan keadaan pasukan kami apabila berada dalam perlawanan itu dan membuat beberapa keputusan. Salah satunya adalah tiga di bahagian pertahanan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda