Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Southwest Airlines batal lebih banyak penerbangan di AS

    NEW YORK, 30 DIS – Syarikat penerbangan tambang rendah Amerika Syarikat (AS) Southwest Airlines membatalkan beribu-ribu lagi penerbangan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

    Selepas kejadian ribut membadai negara itu, lebih 2,300 penerbangan di barat daya dibatalkan sekali lagi, menurut laman sesawang jejak penerbangan FlightAware.

    Ribut Elliot dilaporkan terus melanda sebahagian besar negara, manakala syarikat penerbangan itu membatalkan lebih banyak penerbangan berbanding syarikat penerbangan lain semasa musim cuti yang sibuk.

    Southwest Airlines kini berdepan siasatan di peringkat persekutuan.

    Setiausaha Jabatan Pengangkutan Pete Buttigieg berkata pada Selasa bahawa syarikat penerbangan itu akan bertanggungjawab atas semua pembatalan penerbangan yang dibuat sebelum ini.

    Ribut Elliot telah meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa di seluruh AS dengan kebanyakan kes dilaporkan di bandar Buffalo, New York. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda