Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka lancar aplikasi mudah alih lindungi pelancong

    COLOMBO, 26 FEB – Sri Lanka akan melancarkan aplikasi mudah alih bermula 1 Mac bertujuan melindungi pelancong, kata Menteri Pelancongan, Harin Fernando pada Sabtu.

    Beliau berkata ia bakal menjadi aplikasi terbaik di rantau ini untuk keselamatan pelancong dan disediakan dalam tujuh bahasa, lapor Xinhua.

    Semua kenderaan tiga roda akan didaftarkan menerusi aplikasi itu dan semua pelancong boleh mengimbas kod bar yang ada pada kenderaan berkenaan.

    “Apabila pelancong melaporkan insiden dengan mengimbas kod bar, polis dan pegawai pelancong akan mengambil tindakan,” katanya.

    Selain itu, beliau berkata kementerian akan menyediakan pusat panggilan 24 jam. Aplikasi itu juga membolehkan pihak polis membuat pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang insiden yang menyusahkan atau membahayakan pelancong.

    Sri Lanka menyasarkan untuk menarik kira-kira 1.5 juta pelancong pada 2023 dan tiga juta pelancong pada 2024. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda