Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stadium, jambatan dilimpahi cahaya ungu sempena HAOKU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Brunei akan turut serta meraikan Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) dengan menyalakan lampu berwarna ungu di beberapa lokasi utama termasuk Jambatan Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien (SHOAS) dan Bangunan Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula malam ini hingga esok.

    Stadium Negara Hassanal Bolkiah dilimpahi cahaya berwarna ungu sempena Hari Antarabangsa OKU. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Penyalaan lampu ini akan bermula pukul 7 malam hingga 12 tengah malam sebagai tanda sokongan dan simbolik sambutan HAOKU, yang mana warna ungu ini selaras dengan amalan yang dipraktikkan oleh negara lain.

              Orang ramai digalakkan untuk mengambil gambar lokasi-lokasi tersebut yang diterangi lampu ungu dan memuat naiknya ke media sosial dengan menggunakan hashtag #HAOKU2024 atau #IDPWD.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda