Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi industri China ancam ekonomi global

    GUANGZHOU, 5 APRIL – Ketua Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen memberikan amaran semasa lawatan ke China hari ini bahawa subsidi Beijing untuk industri boleh mengancam daya tahan ekonomi global.

    Yellen tiba di bandar selatan Guangzhou kelmarin untuk perbincangan beberapa hari dengan pegawai China dalam lawatannya yang kedua ke ekonomi kedua terbesar dunia itu dalam tempoh kurang setahun.

    Beliau menyatakan kebimbangan mengenai ‘kapasiti berlebihan’ China yang menjejaskan syarikat-syarikat AS dan negara-negara lain.

    Kapasiti berlebihan sedemikian dilihat sebagai hasil daripada subsidi besar-besaran China kepada industri-industri seperti tenaga solar, kenderaan elektrik dan bateri, yang berisiko mencipta lebihan barangan murah yang mengancam sektor-sektor tersebut di tempat lain.

    “Sokongan kerajaan secara langsung dan tidak langsung kini membawa kepada kapasiti pengeluaran yang jauh melebihi permintaan domestik China, serta apa yang boleh ditanggung oleh pasaran global,” katanya pada perhimpunan komuniti perniagaan AS di Guangzhou hari ini.

    “Kapasiti berlebihan ini boleh mengakibatkan jumlah eksport yang besar pada harga yang rendah,” katanya. – AFP

    Yellen (tengah) menghadiri perhimpunan meja bulat dengan pemimpin perniagaan di bandar Guangzhou, selatan China kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda