Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan diterima secara berterusan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Kementerian Kesihatan, pada 18 Disember lalu, telah menerima sumbangan sebanyak 1,173 karton pelitup muka respirasi (non-medical) dari Suruhanjaya Tinggi Kanada di Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sumbangan berkenaan merupakan tanggungjawab sosial korporat dalam membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    alam pada itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah
    berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

    Antara sumbangan berupa pelitup muka respirasi yang diterima Kementerian Kesihatan daripada Suruhanjaya Tinggi Kanada di Brunei Darussalam. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda