Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Super Junior amalkan sikap profesionalisme

    ANGGOTA Super Junior, Yesung membuat satu pendedahan mengejutkan baru-baru ini apabila disoal mengenai hubungannya bersama ahli lain kumpulan itu.

    Ketika diajukan soalan berhubung perkara itu, Yesung memberitahu mereka tidak rapat antara satu sama lain seperti disangkakan peminat.

    “Salah satu sebab kami tidak dapat kekal sebagai sebuah kumpulan untuk tempoh lama adalah kerana hubungan kami tidak rapat.

    “Kami sudah bersama lebih 12 tahun, kamu fikir kami semua rapat ke?,” ujarnya seperti dipetik dari Koreaboo.

    Yesung mendedahkan bahawa setiap anggota kumpulan Super Junior mengekalkan sikap professionalisme demi menjaga hubungan antara satu sama lain.

    Kata Yesung, perkara itu bukan sesuatu yang pelik dalam sesebuah kumpulan muzik seperti mereka namun itu tidak bererti mereka bermusuh dan tidak boleh bekerjasama.

    “Walaupun tidak rapat kita perlu mengenali antara satu sama lain dan cuba memahami ahli kumpulan kita walaupun ia bukan perkara mudah.

    “Seperti Super Junior, meskipun kami tidak rapat tetapi kami semua tiada masalah antara satu sama lain,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda