Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak bentang RUU tubuh lembaga pelabuhan berpusat Mei ini

    KUCHING, 19 FEB – Kerajaan Negeri Sarawak akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan lembaga pelabuhan berpusat bagi mengawal selia semua pelabuhan di negeri itu secara sistematik dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RUU itu bakal diusul oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

    “Kita dah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini dan untuk nama (rasmi lembaga itu), kita tunggu dulu sebab kita mesti wujudkan undang-undang untuk tubuhkan lembaga pelabuhan berpusat bagi menyelia semua pelabuhan termasuk Pelabuhan Bintulu yang akan diserahkan Jun ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Premier Sarawak 2024 di bangunan DUN hari ini.

    Buat masa ini, Sarawak memiliki lima entiti yang mengawal setiap pelabuhan di kawasan masing-masing iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang, Lembaga Pelabuhan Miri, Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis and Lembaga Pelabuhan Samalaju.

    Dalam ucapan penggulungan di persidangan DUN pada November 2023, Uggah berkata pihaknya masih memperhalusi draf bagi RUU itu untuk memastikan proses penyeragaman kelima-lima pelabuhan berjalan lancar. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari menyantuni orang ramai ketika melawat gerai-gerai sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Premier Sarawak di DUN Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda