Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’wak: Diskaun bil elektrik, air dan sewa diteruskan

    KUCHING, 28 JAN – Kerajaan Sarawak akan meneruskan pemberian diskaun antara lima dan 25 peratus untuk bil elektrik pengguna domestik, komersil dan industri bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebagai salah satu inisiatif di bawah pakej kelapan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0).

    Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg RM285.47 juta diperuntukkan di bawah BKSS 8.0 ini dengan diskaun bil elektrik ini menjadi antara tujuh langkah untuk membantu rakyat di Sarawak semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Keempat sekarang.

    “Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, pengguna komersil dan industri di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.8 juta, akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini bagi mengumumkan pakej bantuan terbaharu itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda