Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Swiatek mara ke final Dubai

    DUBAI, 23 FEB – Iga Swiatek kini berada hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran Doha-Dubai yang jarang berlaku selepas kemenangan meyakinkan 6-3, 6-2 pada suku akhir ke atas pilihan keenam China, Zheng Qinwen semalam di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    Pemain nombor satu dunia itu, yang menjulang trofi di Doha buat kali ketiga berturut-turut Sabtu lalu, melebarkan rekod kemenangan tanpa kalahnya kepada tujuh perlawanan dan mempunyai hasrat untuk menjadi wanita pertama sejak 2007 dan hanya yang ketiga secara keseluruhan, untuk memenangi kedua-dua kejohanan Teluk dalam musim yang sama.

    Dalam pertemuan keenam mereka dalam tempoh 20 bulan, Swiatek tampil cemerlang apabila diperlukan ketika dia meningkatkan rekod kemenangannya yang sempurna kepada 6-0 sepanjang menentang Zheng.

    “Saya gembira kerana saya bermain dengan baik, berpegang kepada taktikal saya, cukup mantap. Yang pasti saya berasa lebih baik dan lebih baik setiap hari di sini,” kata Swiatek, yang merupakan finalis di Dubai 12 bulan lalu.

    Pilihan utama Poland itu seterusnya akan menentang pemain nombor 40 dunia Rusia, Anna Kalinskaya, yang menewaskan pemain nombor tiga dunia dan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff 2-6, 6-4, 6-2.

    Mematahkan pukulan servis awal permainan sudah memadai untuk Swiatek memperoleh set pembukaan, mengatasi Zheng dalam beberapa pertarungan asas yang kuat untuk mendahului dalam masa 42 minit.

    Swiatek terpaksa menyelamatkan satu peluang break dalam perlawanan keempat sebelum menerkam servis Zheng dan dia tidak mengalami sebarang kekalahan lagi, dengan pantas meraih kemenangan dalam masa satu jam 26 minit.

    Juara Grand Slam empat kali itu dijangka bakal berentap dengan Kalinskaya buat kali pertama hari ini. – AFP

    Swiatek beraksi semasa perlawanan suku akhir Kejohanan Tenis di Dubai, UAE. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda