LONDON, 10 JULAI – Iga Swiatek berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan ketika Elina Svitolina menewaskan Victoria Azarenka dalam perlawanan yang penuh kontroversi dan berkaitan politik, untuk melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Wimbledon semalam, manakala Novak Djokovic kalah berikutan penutupan gelanggang pada waktu malam.
Pemain nombor satu dunia, Swiatek, mengalahkan juara Olimpik Belinda Bencic 6-7 (4/7), 7-6 (7/2), 6-3 di Centre Court.
Di gelanggang satu, Svitolina dari Ukraine berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set dan break untuk mengalahkan saingannya dari Belarus, Azarenka 2-6, 6-4, 7-6 (11/9).
Djokovic memimpin dengan dua set berbanding Hubert Hurkacz dalam perlawanan 16 terakhir mereka apabila perlawanan dihentikan berikutan had waktu malam setempat jam 11 malam.
Djokovic, yang sedang bermain dalam perlawanan ke-100 di kejohanan itu, mendahului 7-6 (8/6), 7-6 (8/6) menentang pemain Poland itu.
Pasangan tersebut akan meneruskan perlawanan hari ini, di mana pemenang akan bertemu dengan Andrey Rublev untuk merebut tempat ke separuh akhir. Juara bertahan Djokovic sedang mengejar gelaran kelapan yang menyamai rekod di Kelab All England dan gelaran Grand Slam ke-24 dalam kariernya.
Swiatek, yang merupakan juara bertahan Terbuka AS dan Terbuka Perancis, berjaya menyelamatkan dua mata dalam perlawanan set kedua sebelum akhirnya memastikan tempat dalam perlawanan suku akhir untuk kali pertama.
Swiatek, 22 tahun, yang telah memenangi empat gelaran utama, berkata, dia dapat bermain tanpa rasa takut ketika menghadapi risiko kekalahan yang mengejutkan. – AFP