Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabebuia rosea, mahogany hiasi tanah perkuburan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Sebanyak 30 pohon tabebuia rosea dan 20 pohon mahogany telah ditanam luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Jelutong, Kampung Jerudong dalam aktiviti penanaman yang disertai oleh Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) berserta lebih 20 orang keluarga waris, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan majlis penanaman pokok berkenaan ialah Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Metamit. Acara tersebut turut dihadiri oleh pemangku penolong pegawai Daerah Brunei dan Muara.

    Majlis penanaman anak pokok tersebut telah diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Antara objektif majlis penanaman anak pokok berkenaan adalah bagi membisaikan kawasan tanah perkuburan tersebut di samping menyahut usaha kerajaan ke arah mencapai sasaran hijau yang menyumbang kepada perubahan Iklim.

    Dayang Martinah bersama hadirin semasa sesi bergambar ramai selepas menyempurnakan majlis penanaman anak pokok di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Jelutong, Kampung Jerudong.
    Dayang Martinah selaku tetamu kehormat majlis menyempurnakan penanaman anak pokok di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Jelutong, Kampung Jerudong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda