Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabuan Muda B-19 sedia beraksi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 19 tahun (B-19) sedang giat mengadakan persiapan rapi bagi memantapkan lagi pasukan menyertai Kejohanan Piala AFF U-19 2024 (ASEAN U-19 Boys Championship) yang akan berlangsung di Surabaya Indonesia pada 17 Julai hingga 29 Julai.

    Pasukan negara diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Malaysia, Thailand dan Singapura.

    Ketua Jurulatih B-19 pasukan negara, Aminuddin Jumat pada sesi latihan di Padang FABD, Berakas, baru-baru ini, berkata, “Kita berharap pemain-pemain akan dapat menerapkan semua persiapan yang sudah dilakukan sepanjang latihan pada perlawanan sebenar nanti”.

    Pasukan telah membuat persiapan rapi dan pemain telah menunjukkan peningkatan dalam setiap sesi latihan yang dijalankan, tambahnya lagi.

    Beliau mengakui anak buahnya akan menghadapi cabaran besar menghadapi pasukan Malaysia pada perlawanan sulung pada 19 Julai,  seterusnya akan bertemu dengan pasukan Thailand pada 21 Julai sebelum melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan bertemu pasukan Singapura pada 25 Julai depan.

    “Kita sedia maklum mengenai kemampuan pasukan lawan. Namun kami akan berusaha gigih memberi saingan yang positif dan paling penting ialah tanggungjawab tumpuan dan kekuatan mental serta fizikal setiap pemain untuk menghadapi ketiga-tiga pasukan pada peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti,” ujarnya.

    Gambar ramai pasukan kebangsaan B-19. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda