Thursday, January 16, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat Kenegaraan pupuk semangat patriotik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan berkunjung ke Sekolah Sukan.

    Seramai 56 penuntut Tahun 7 telah menghadiri taklimat yang diadakan di teater kuliah sekolah berkenaan. Turut hadir ialah Timbalan Pengetua (Akademik) Sekolah Sukan, Dayang Norjalina binti Haji Jaafar dan para tenaga pengajar.

    Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim selaku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik yang antara lain menyen-tuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaikkibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan.

    Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi Tatacara Menaikkan Bendera dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

    Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Dayang Mufidah semasa menyampaikan taklimat tersebut. – GAMBAR OLEH JABATAN PENERANGAN
    Para pelajar semasa menyertai Kuiz Kenegaraan. – GAMBAR OLEH JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda