Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Talian alternatif Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dalam usaha memastikan hubungan telefon di Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong berfungsi dengan baik, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi terhadap talian-talian yang terjejas.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa pembaikan peralatan telekomunikasi di pusat kesihatan berkenaan telah bermula pada 9 Disember lalu dan akan dibukakan semula setelah kerja-kerja selesai.

    Dalam hubungan itu, sebagai usaha bagi memastikan hubungan telefon ke Pusat Kesihatan berkenaan tidak terjejas, talian-talian alternatif telah disediakan.

    Talian bagi Klinik Penjagaan Kesihatan Asasi ialah 7440348 dan bagi Klinik Ibu dan Anak-anak 7440178.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul dengan kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu, sangat-sangat dihargai.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda