BAU busuk sampah sarap yang menyelubungi kawasan luas Bangalore amat kuat sehinggakan membangunkan para penduduk di tengah malam, ekoran krisis sampah yang mengancam reputasinya sebagai salah sebuah tempat terindah untuk didiami di India.
Pertama sekali diberi pujian sebagai Bandar Taman, negara itu (Garden City) dan kemudian lembahnya, yang digelar Lembah Silikon (Silicon Valley) yang menarik minat firma-firma IT multinasional dan eksekutif-eksekutifnya yang berduit, Bangalore hari ini telah menerima kesan berat dari kejayaannya, bandarnya dilimpahi sampah sarap, infrastrukturnya dan perkhidmatan mengutip sisa-sisanya tidak mampu untuk seiringan dengan pertumbuhan berdekad-dekad yang tidak dapat disekat. “Anda akan terbangun dari mimpi disebabkan bau busuk itu,” kata penduduk setempat, Kamesh Rastogi. “Anda terpaksa menutup semua pintu, namun begitu tidak ada kelegaan.” Tambahnya lagi.
Bandar negeri Karnataka, Bangalore pernah menjadi tempat perehatan kegemaran bagi keluarga-keluarga yang mencari kelegaan daripada kepanasan kawasan luas pertanian selatan di sekitarnya dan terutamanya popular dengan mereka yang sudah bersara. Terletak di penara dan dikurniakan dengan cuaca yang agak sejuk, bandar itu penuh dengan taman awam dan taman-taman serta rangkaian tasik.
Namun sejak pemasaran itu sendiri sebagai pusat teknologi India yang melibatkan begitu banyak multinasional, penduduk Bangalore telah bertambah tiga juta pada awal tahun 1990an menjadi lapan juta.
Pertambahan itu memberi tekanan besar bagi perbandarannya, dengan dituduh tidak mempunyai perancangan bandar yang mencukupi dan terutamanya gagal menangani pertambahan yang mengiringi dalam jumlah sisa buangan.
Apabila Rastogi, yang bekerja di firma teknologi Oracle, membeli sebuah pangsapuri sedekad lalu di pinggir bandar redup dipanggil HSR Layout, dia menyangka dia berpindah ke salah satu kawasan Bangalore paling asli.
Namun sebagai sebahagian usahanya untuk menangani 3,500 tan sampah yang dijana di bandar itu setiap hari, perbandaran telah membuka semula loji rawatan semula sisa buangan yang telah disimpan, berhampiran pangsapurinya pada tahun 2013.
Pada masa pembinaan, loji itu terletak agak jauh di luar pinggir Bangalore, namun sejak itu dikelilingi oleh kawasan bandar berselerak pada suku akhir dekad. Para penduduk yang berang, kebanyakan mereka eksekutif bagi syarikat teknologi antarabangsa, menubuhkan pertubuhan kejiranan untuk berkempen bagi penutupan dan pemindahan loji itu.
Apabila dihubungi, pihak pengurusan loji itu berkata penapis udara sedang dipasang untuk membersihkan pengeluaran, namun para penduduk tidak merasa diyakini.
“Saya merasa saya perlu menjelma semula untuk melihat perubahan ini berlaku,” salah seorang dari mereka berseloroh.
Disiplin sampah
Kemarahan meningkat di seluruh bandar itu, dengan surat khabar menyiarkan berita-berita kutu sampah dipukul di jalanan oleh para penduduk yang berang. Dan kini Bangalore digelar bandar sampah dan bukannya nama jolokan lamanya sebagai Bandar Taman, India.
Pasukan pengurusan sisa buangan perbandaran telah menolak beberapa permintaan untuk ditemu bual oleh pihak AFP. Tetapi kira-kira seratus kamera CCTV telah dipasang untuk menangkap pihak-pihak yang membuang sampah yang tidak mematuhi syarat peraturan di dua buah daerah yang telah kerap menjadi tempat pembuangan sisa. Pihak perbandaran malah memasang peranti GPS pada lori membuang sampah untuk memastikan krew-krew tidak mengambil jalan pintas dan dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengupah bekas anggota tentera yang mempunyai kuasa untuk mendenda para pesalah untuk menguatkuasakan ‘disiplin sampah’.
Para pengkempen berkata langkah-langkah seumpama itu hanya menangani masalah dengan cara sementara dan tidak memuaskan dan krisis ini hanya boleh diselesaikan apabila pihak perbandaran menambah kapasitinya untuk menangani sampah. “Itu adalah apa yang kami gelarkan cuba memadamkan api apabila ia berlaku, dan bukannya pendekatan sistemik untuk menyelesaikan isu-isu ini,” kata Venkatesh Kannaiah, seorang aktivis pertubuhan sivik Janaagraha.
Ketika kesedaran meningkat tentang impak persekitaran ke atas masyarakat kepenggunaan yang semakin meningkat di India, lebih ramai penduduk cuba mengitar semula atau membuat timbunan komposit mereka sendiri.
“Bangalore pernah menjadi salah sebuah bandar paling cantik di India, dan lihatlah sekarang,” kata Myriam Shankar, seorang anggota Kumpulan Tekanan Perundingan Pengurusan Sisa Pepejal.
Shankar, berketurunan Itali-Jerman, kali pertama tiba di India pada tahun 2004.
kini berkahwin dengan seorang peguam, dia menganggap Bangalore sebagai tempat kediamannya.
Dia dan rakan-rakan aktivisnya cuba meningkatkan kesedaran di sekolah-sekolah dan di syarikat-syarikat tentang kelebihan kitar semula.
Shankar percaya keadaan akan bertambah baik dalam masyarakat berpagar, yang mana para penduduk semakin muncul dengan penyelesaian mereka sendiri, namun berbeza situasinya di luar kawasan bandar. “Di luar kita mempunyai pelbagai masyarakat dan untuk mendapatkan semua mereka ini seiringan, adalah sukar.” Kita mempunyai perkara seperti rasuah, buta huruf atau celik huruf.. ia mengambil masa.” – AFP