Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah

    KOTA KINABALU, 21 OGOS – Sabah julung kali akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata sambutan Hari Sabah akan diadakan di Tambunan pada jam 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan di Kota Kinabalu pada sebelah pagi.

    Menurutnya, Kabinet Negeri membuat keputusan itu pada mesyuaratnya minggu lalu dan telah memilih Tambunan sebagai tuan rumah untuk sambutan julung kali ini.

    “Kabinet juga telah memutuskan bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah penting Sabah akan disambut setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan dalam kalangan daerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    “Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri iaitu ADUN Tambunan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (dua, kanan) dan ADUN Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (tiga, kanan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan DUN, 8 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda