Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tammy raih emas pertama Malaysia di Universiade

    KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Atlet wusyu, Tammy Tan Hui Ling, melakar sejarah apabila menamatkan penantian 38 tahun untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China hari ini.

    Tammy, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada Khamis lalu, mengungguli acara Qiangshu wanita, selepas mencatat 9.613 mata pada saingan di Chengbei Gymnasium.

    Wakil Macau, Weng Ian Wong (9.593) dan Lydia Sham Hui Yu (9.583) dari Hong Kong, masing-masing meraih perak dan gangsa acara itu, menurut laman web rasmi temasya.

    “Tammy menamatkan igauan hampir 38 tahun pingat emas untuk Malaysia sejak penyertaan di Universiade Kobe, Jepun 1985,” menurut catatan di Facebook Sukan IPT (Institut Pengajian Tinggi).

    Sebelum ini, kem wusyu menghadiahkan dua gangsa di Chengdu menerusi Mandy Cebelle Chen dan Calvin Lee Wai Leong, masing-masing menerusi acara Tajiquan wanita dan Nangun lelaki. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda