Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tangani masalah gangguan emosi

    TAIPING, 22 Jun – Perkhidmatan kaunseling amat penting dalam membantu mengelakkan masyarakat daripada mengalami gangguan mental, yang akhirnya akan memberi kesan kepada anggota keluarga.

    Pengerusi Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing berkata gangguan emosi boleh berlaku membabitkan pasangan suami isteri dan remaja, yang jika tidak ditangani akan menyebabkan institusi kekeluargaan itu terganggu.

    Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan kerap turun padang bagi memaklumkan mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk masyarakat.

    “Kita mempunyai pegawai kaunseling di setiap daerah untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah supaya mereka dapat dibantu bagi mengelak ia mengancam orang lain,” katanya dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Perkhidmatan Kaunseling Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana di sini hari ini.

    Beliau berkata kebanyakan masyarakat setempat terutama di PPR tidak mengetahui wujudnya perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menyebabkan masalah yang dihadapi tidak dapat ditangani. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda