Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP dan SCP isytihar dividen 1 peratus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengisytiharkan kadar dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016 sebanyak 1 peratus.

    Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataannya menyatakan bahawa dividen pada Tahun Kewangan 2015-2016 berkenaan telah pun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada 23 Februari 2017. Ahli boleh mendapatkan maklumat akaun mereka dengan menggunakan perkhidmatan online e-Amanah melalui www.tap.com.bn ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.

    Dengan kadar tersebut, sebanyak $23,719,963.83 telah pun dimasukkan ke dalam 144,634 akaun ahli TAP dan sebanyak $8,472,187.59 telah dimasukkan ke dalam 135,344 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2015– 2016.

    Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan online e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda