Thursday, November 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarian singa jadi tumpuan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Kemeriahan dalam menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) bagi masyarakat Tionghua di negara ini, jelas dilihat di Tokong Cina Teng Yun yang terletak di Jalan Kianggeh di ibu negara, kelmarin, yang menjadi tumpuan sambutan sekali gus menandakan permulaan Tahun Naga dalam kalendar Cina.

    Seperti lazimnya, kaum Tionghua mendahului sambutan dengan berkunjung ke tokong untuk mela-kukan upacara kesyukuran sekali gus menyaksikan acara persembahan tarian singa.

    Persembahan tarian singa yang berwarna-warni itu bermula sejak pukul 7:30 pagi yang dipersembahkan oleh pasukan tarian singa Tokong Cina Teng Yun, Sekolah Chung Hua dan Unity Charity Association.

    Bukan sahaja masyarakat Tionghua, malah masyarakat daripada berlainan bangsa juga mengambil kesempatan menyaksikan persembahan berkenaan.

    Dayang Norimah binti Haji Duraman dari Kampung Lambak Kanan, yang datang bersama keluarga seawal pukul 7 pagi, mengongsikan perasaan keterujaan anak-anak untuk melihat kemeriahan suasana TBC di tokong berkenaan.

    Katanya, ini adalah kali pertama beliau membawa anak-anak untuk melihat lebih dekat lagi kemeriahan sambutan TBC, dan kunjungan berkenaan juga setelah mendapat desakan daripada anak-anak untuk melihat tarian singa secara lebih dekat.

    Dalam kemeriahan itu, ada juga yang mengambil peluang memberikan sampul merah kepada kumpulan tarian singa yang dimasukkan melalui mulut maskot singa berkenaan.

    Persembahan tarian singa yang diadakan pada hari pertama TBC di Tokong Cina Teng Yun di ibu negara. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan tarian singa. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda