Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif

    ISTANBUL, 6 FEB – Amerika Syarikat (AS) meningkatkan ketegangan perdagangan dengan mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico, Kanada dan China, mencerminkan pendirian yang lebih agresif di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, menurut agensi penarafan Fitch, lapor agensi Anadolu (AA).

    Agensi penarafan itu memberi amaran bahawa langkah berkenaan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.

    “China menghadapi siasatan perdagangan AS dan kami menjangkakan tarif AS ke atas import China akan terus meningkat tahun ini, selaras dengan kenyataan Presiden Trump yang menyifatkan kenaikan 10 peratus sebagai ‘pukulan pembuka’ serta fokus beliau untuk mengurangkan defisit perdagangan AS,” menurut laporan itu.

    “Masih tidak jelas hasil rundingan AS-Mexico dan AS-Kanada, sejauh mana AS bersedia untuk menyemak semula cadangannya, serta bagaimana usaha meredakan ketegangan dengan China akan berkembang (tarif balas China yang lebih terhad dijangka berkuat kuasa pada 10 Februari),” menurut laporan itu lagi.

    Fitch menegaskan bahawa dasar perdagangan Trump menimbulkan risiko ketara terhadap ramalan makroekonomi agensi itu bagi ketiga-tiga negara terbabit.

    Peningkatan tarif AS secara keseluruhan dijangka menghasilkan tambahan cukai import bernilai AS$350 bilion, yang boleh mengakibatkan penurunan 0.4 peratus daripada anggaran Fitch berkenaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026 serta peningkatan inflasi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda