Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Lidia badai Mexico

    BANDARAYA MEXICO, 11 Okt – Taufan Lidia mendarat di pantai Mexico kelmarin dengan membawa angin kencang dan hujan lebat, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut setakat ini.

    Menurut perkhidmatan cuaca Mexico, taufan itu menjejaskan bandar Las Penitas yang terletak kira-kira 55 kilometer dari barat daya resort Puerto Vallarta, dengan angin berterusan sehingga 220 kilometer sejam,

    Di Punta de Mita, Nayarit, seorang maut akibat dihempap pokok tumbang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar El Occidental.  

    Menurut Pusat Taufan Amerika Syarikat (AS) di Miami, Lidia bertukar menjadi taufan ‘sangat berbahaya’.

    Di kawasan terjejas di negeri Jalisco dan Nayarit, sekolah akan ditutup sehingga Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.

    Perkhidmatan cuaca Mexico memberi amaran hujan lebat di negeri Colima, Jalisco, Michoacan dan Nayarit, selain ombak setinggi sembilan meter dijangka berlaku di sepanjang pantai.

    Musim taufan bermula di Pasifik pada 15 Mei dan di Atlantik pada 1 Jun dan dijangka berakhir pada 30 Nov. – Bernama


    Seorang lelaki mengambil gambar ketika Taufan Lidia mendarat berhampiran tempat peranginan pantai popular di Puerto Vallarta, Negeri Jalisco, Mexico. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda