Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGWAN, 30 APRIL – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan kepada orang ramai mengenai tawaran tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga dan empat angka siri BBK iaitu dari BBK 100 hingga BBK 9999 akan dibuka.
Tawaran tersebut akan dibukakan melalui NomborKu, Click-and-Bid bermula 1 hingga 14 Mei dan senarai TPK bagi tiga dan empat angka siri BBK yang ditawarkan boleh diakses secara dalam talian melalui laman sesawang NomborKu, www.nomborku.gov.bn.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai tawaran boleh membuat pembayaran caj penyertaan sebanyak $25 bagi setiap satu tawaran TPK melalui dua kaedah.
Kaedah pembayaran boleh di buat secara dalam talian atau pembayaran secara tunai melalui kaunter-kaunter perkhidmatan JPD iaitu membuat pembayaran di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD, kecuali Kompleks Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar bagi mendapatkan kod baucar.
Layari laman sesawang NomborKu untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan kod baucar.
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai NomborKu, Click-and-Bid, sila layari laman sesawang atau hubungi JPD semasa waktu pejabat melalui WhatsApp di talian 7181641 atau e-mel hello@jpd.gov.bn
