BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Dalam usaha untuk menjaga kebersihan di kawasan ibu negara, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah memberikan jaminan untuk menyediakan 10 unit tong kitar semula melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Penyerahan simbolik tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TelBru, Hajah Rosmawati binti Haji Manaf yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Unit-unit tong kitar semula itu diharap dapat menyediakan orang awam dengan kemudahan-kemudahan yang perlu bagi menyemai kesedaran alam sekitar terutamanya menjelang Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, di mana ketika itu Bandar Seri Begawan dijangka menyaksikan kemasukan ramai pengunjung.
Sokongan syarikat terhadap perkara ini terutamanya ketika tempoh penting bersejarah adalah sebahagian daripada nilai-nilai sosial korporat dan alam sekitarnya yang bermatlamat untuk memupuk satu generasi yang berminat dalam membuat sesuatu perubahan.

