Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telstra tamatkan 8,000 kerja

    SYDNEY, 20 Jun – Syarikat telekomunikasi Australia Telstra hari ini mengumumkan rancangan untuk menamatkan 8,000 kerja, satu perempat daripada tenaga kerjanya, sebagai sebahagian daripada strategi baharu untuk bertahan dengan industri yang semakin kompetitif.

    Keputusan yang dibuat oleh salah sebuah syarikat terbesar Australia, adalah sebahagian daripada rombakan yang mensasarkan pemotongan kos tambahan berjumlah AS$750 juta menjelang tahun 2022, selain daripada Aus$1.5 bilion yang diumumkan sebelum ini.

    Untuk menubuhkan operasi yang lebih menjimatkan, ia juga akan memisahkan divisyen peranti dan infrastrukturnya kepada perniagaan berasingan. “Kami akan menubuhkan Telstra baharu yang mampu memimpin pasaran,” kata ketua eksekutif Andrew Penn.

    “Pada masa depan, tenaga kerja kami adalah lebih kecil, berasaskan pengetahuan dengan struktur dan cara bekerja yang cukup tangkas untuk menghadapi perubahan pesat.

    “Ia bermakna beberapa peranan tidak diperlukan, ada di antaranya akan berubah dan terdapat juga peranan baharu yang akan ditubuhkan.”

    Kedai Telstra di tengah pusat perdagangan Melbourne kelmarin. Telstra kelmarin mengumumkan rancangan untuk menamatkan 8,000 kerja sebagai sebahagian daripada strategi baharu bagi menyesuaikan dengan industri yang kompetitif. – AFP

    Pemotongan berlaku kurang sebulan selepas Telstra berkata pendapatan 2017/18 mungkin berada di bawah panduan kadar berjumlah Aus$10.1 bilion hingga Aus$10.6 bilion, menyalahkan persaingan yang meningkat dalam peranti dan jalur lebar tetap.

    Amaran pendapatan itu menyebabkan sahamnya merosot kepada lebih enam tahun sebanyak Aus$2.71.

    Mereka telah pulih sebahagiannya sejak itu, namun terjejas lagi pada hari ini, merosot hampir tujuh peratus pada satu tahap sebelum pulih untuk diniagakan 5.3 peratus lebih rendah pada Aus$2.75 lewat pagi. Ketua penganalisis pasaran CMC Markets Michael McCarthy berkata pelan penyusunan semula tidak mungkin cukup untuk menggembirakan pelabur, yang telah melihat harga saham Telstra merosot hampir separuh sejak setahun lalu.

    “Beberapa pelabur fikir Telstra memerlukan pembedahan radikal, dan boleh melihat langkah hari ini sebagai plaster,” kata beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda