Saturday, November 16, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempat perlindungan Masidi berjaya dikesan

    15 tahunTUTONG, 23/24 Februari 2002 – Salah sebuah daripada 10 tempat tinggal lelaki yang hidup seorang diri di hutan Daerah Temburong berjaya ditemui.

    Setelah mendapatkan maklumat daripada orang kampung, Media Permata berjaya mengesan tempat Masidi Haji Tengah, 27, memencilkan diri selama tujuh tahun di sebuah lokasi di daerah ini.

    Atas bantuan seorang penduduk kampung, Media Permata sampai ke tempat persembunyiannya walaupun setelah melalui beberapa halangan sehingga mengakibatkan kenderaan pancuan empat roda yang dipandu terkandas akibat hujan dan jalan licin.

    Peralatan yang ditinggalkan oleh Masidi di khemahnya menjadi bukti kepada tempoh beliau menghilangkan diri ke dalam hutan yang sukar dikesan itu, yang terletak di suatu kewasan tanah gambut.

    Antara yang dapat dilihat, khemah berwarna biru yang melindunginya daripada sebarang cuaca bertukar warna hitam, sementara alas tidurnya yang bertukar menjadi hitam sudah keras seperti kulit kayu.

    Beberapa perkakas yang dipercayai dibawa bersamanya tujuh tahun lalu turut dijumpai termasuk sebilah parang, tukul besi, gergaji bantal dan sebagainya.

    Khemah yang dijadikan oleh Masidi sebagai tempatnya berlindung adalah satu struktur ringkas menggunakan kayu dan papan bergergaji yang diikat dengan tali dan penuh digantung dengan beg dan karung plastik.

    Selain itu, barang makanan yang ditinggalkan turut dijumpai termasuk sagu ambulung, garam dan bubuk.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda