Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempoh pembayaran denda dilanjutkan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Seorang wanita berjaya dalam permohonan rayuannya, kelmarin, di Mahkamah Tinggi, untuk mendapatkan lanjutan tempoh pembayaran hukuman denda dan pengurangan hukuman penjara jika gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya atas kesalahan memiliki rokok seludup.

    Rapiah binti Haji Roslan, 42, pada 30 April 2018 dijatuhi hukuman denda $71,520 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki 95 karton rokok tanpa cukai di Kampung Lambak pada 19 April 2018 dan diberikan tempoh sehingga Oktober ini untuk membayar denda tersebut.

    Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud dan Qamarul Affyian bin Abdul Rahman dalam hujahan mereka di hadapan Hakim Pengiran Datin Paduka Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman mengemukakan bahawa denda yang dijatuhi ke atas pesalah adalah paling minimum dan tidak berlebihan.

    “Sekiranya mahkamah membenarkan lanjutan tempoh pembayaran dibuat, ia tidak akan memberi jaminan kepada pembayaran sepenuhnya denda itu, tambahan lagi, pesalah pada masa ini tidak bekerja namun ia tertakluk kepada keputusan mahkamah,” hujah pihak pendakwaan.

    Mendengar hujahan itu, Hakim bersetuju bahawa hukuman denda itu tidak berlebihan namun membenarkan tempoh pembayaran dilanjutkan sehingga Februari tahun depan dan jika gagal akan berdepan hukuman 12 bulan penjara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda