Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 24 Feb – Kemunculan pusaran angin yang terbentuk seperti puting beliung di sini sekitar jam 6 petang tadi telah menyebabkan ramai orang gempar dan terkejut, selain tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video mengenainya.
Ramai yang menganggapnya puting beliung namun kejadian itu dijelaskan oleh Jabatan Kaji Cuaca sebagai Funnel Cloud atau Water Spout dan bukanlah puting beliung seperti yang disangkakan.
Menurut jabatan itu lagi, fenomena alam itu tidaklah membahayakan orang ramai kecuali jika ia mencecah ke permukaan tanah, bagaimanapun selepas keadaan beransur gelap, Water Spout itu pun hilang.